Ahli Parlimen Tidak Dibenarkan Melakukan Penstriman Langsung Ketika Sesi Persidangan Dewan Rakyat

TechnologyDigital
16 Oct 2023 • 11:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada hari ini, siaran langsung untuk sesi persidangan Dewan Rakyat sedia boleh ditonton melalui beberapa platform, termasuk melalui saluran rasmi Parlimen Malaysia di YouTube, mahupun melalui saluran RTM di kaca televisyen. Namun, ia tidak menghentikan beberapa ahli parlimen untuk melakukan penstriman langsung ketika sesi persidangan Dewan Rakyat.

image is not available

Menyentuh mengenainya, ketika sesi persidangan Dewan Rakyat pagi ini, Yang Di-Pertua YB Tan Sri Dato’ Johari telah memutuskan yang mana ahli parlimen tidak lagi dibenarkan melakukan sebarang penstriman siaran langsung ketika sesi persidangan.

Terdapat beberapa sebab untuknya, termasuk terdapat ahli parlimen yang tidak mengikut peraturan dengan perlu mengarahkan ucapan kepada pengerusi dan bukannya kepada peranti yang sedang melakukan siaran langsung. Disamping itu, terdapat juga ahli parlimen yang mengambil masa lama untuk tetapkan peranti, sekaligus menganggu beberapa urusan.

image is not available

Ia turut ditekankan, setiap sesi persidangan telah pun disiarkan secara langsung di RTM Live dan YouTube. Mana-mana ahli parlimen yang ingin berkongsi kepada pengikut atau melalui saluran sosial mereka, boleh melakukannya selepas sesi persidangan Dewan Rakyat selesai.