
Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun dari Sarawak mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan kerugian sebanyak RM6,000 berhubung pembelian aksesori emas bagi Baju Istiadat mendapatkan gelaran ‘Datuk’ dari Pahang.
Ling How Ee membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan kepadanya pada Khamis.
Bagi pertuduhan pertama Ling didakwa menipu Dennis Chong Vui Sheng, 30, dengan meminta Chong memindahkan RM2,500 ke akaun bank milik Ling yang kononnya untuk membeli aksesori emas sebagai sebahagian daripada proses mendapatkan gelaran ‘Datuk’ sedangkan Ling sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Bagi pertuduhan kedua dan ketiga dia didakwa menipu Chong dengan meminta Chong memindahkan RM500 dan RM3,000 ke akaun banknya untuk tujuan yang sama.
Kesalahan tersebut didakwa berlaku pada 19 April, 20 April dan 17 Mei 2023 di cawangan Bank HSBC di sini.
Ling didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum sepuluh tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 3 September tahun ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Ling diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan RM3,000 sebagai deposit bersama seorang penjamin tempatan.
Ling juga diperintahkan untuk melapor diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua bulan, menyerahkan pasport antarabangsanya (jika ada) kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee mewakili pihak pendakwaan manakala peguam George Ngui mewakili Ling.


