Ahli Politik Terkenal Didakwa Jadi ‘Mastermind’ Sindiket Pemerdagangan Manusia Di Myanmar?

LocalPolitics
29 Aug 2024 • 11:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular sebelum ini mengenai kenyataan Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) yang mendedahkan penglibatan beberapa ahli politik terkemuka dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Dalam kenyataaan itu, Setiausaha MHO, Datuk Hishamuddin Hashim di mana sindiket operasi itu adalah melalui cara memperdaya manusia secara dalam talian dengan menawarkan pekerjaan sebelum memaksa mangsa bekerja sebagai ‘scammer’ penipuan perjudian.

image is not available image is not available

Malah, di YouTuber, muncul satu video tular mengenai isu itu yang bertajuk ‘Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia’.

Dalam video tersebut, tertera penglibatan aktif ahli politik Malaysia di dalam sindiket pemerdagangan manusia itu.

Difahamkan, suami kepada ahli politik itu juga merupakan orang berkepentingan dan memegang jawatan selaku pengerusi lembaga pengarah keselamatan di dalam syarikat Dongmei Group.

Sekadar info, Dongmei Group adalah syarikat yang dipercayai terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah di Myanmar.

Manakala Harian Metro melaporkan bahawa WHO telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan terhadap ahli politik yang didakwa terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Renjis 'Air Belaga', Kehadiran Raja Bomoh Di Kawasan Tanah Jerlus Masjid India Curi Perhatian Netizen