
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa.
Terbaru, Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendakwa seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat dan menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia beroperasi di Myanmar.
Artikel berkaitan: Sean Diddy Dituduh Terlibat Kes Pemerdagangan Seks, Penderaan Seksual & Rogol, Ini Apa Yang Berlaku…
Artikel berkaitan: Isu Pemansuhan Pencen Bagi Penjawat Awam Baharu Juga Terpakai Kepada Ahli Politik – PM
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim wanita itu bersama suaminya turut memegang jawatan penting selaku pengerusi keselamatan sebuah syarikat.
@utusanonline MHO dakwa bekas timbalan menteri dalang pemerdagangan manusia #trendingnewsmalaysia
Kegiatan mereka itu mula dikesan pada awal 2020 dan suspek pernah menjadi Ahli Parlimen di negeri utara tanah air serta pernah dilantik sebagai timbalan menteri.
“Kegiatan mereka mula terbongkar apabila tular satu video menerusi laman YouTube baru-baru ini mendedahkan ramai warga Indonesia yang telah pun menjadi mangsa,” katanya.
MHO menerusi Utusan Malaysia berkata pihaknya terkejut dengan pendedahan yang diterbitkan di Indonesia itu, malah suspek juga dirujuk sebagai ‘mafia’ judi atas talian.
Video tersebut dikatakan amat memalukan imej Malaysia kerana sindiket didalangi tokoh politik itu juga melakukan penyeksaan kejam, penjualan organ malahan membunuh mangsa.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pasangan suami isteri terbabit diambil keterangan pada Julai lalu, selepas artikel pertama berhubung kes berkenaan dilaporkan di Myanmar.
“Kita sudah menjalankan siasatan dan buat masa ini siasatan juga masih diteruskan. Kita juga akan mendapatkan artikel yang dikeluarkan oleh negara berkenaan,” katanya.
Pihak polis juga akan mencari saksi yang terbabit dan pasangan suami isteri itu juga sudah diambil keterangan pada Julai lalu.
Sumber: Utusan Malaysia
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

