Ahli Seumur Hidup, Adik Zahid Hamidi Sertai PAS

LocalPolitics
16 Oct 2024 • 10:04 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Adik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Abdul Hakim Hamidi telah menyerahkan surah keahlian Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

image is not available

Penyertaan tersebut dimaklumkan menerusi Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki melalui video yang dikongsi di laman Facebook PAS Parit Buntar.

image is not available

Mohd Misbahul berkata, Abdul Hakim telah mendaftar sebagai ahli PAS seumur hidup.

“Semoga dengan kehadiran beliau dapat mengukuhkan lagi hubungan pimpinan UMNO yang cintakan perpaduan yang berlandaskan Islam,” katanya.

image is not available

Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan Abdul Hakim menandatangi dan menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS Pusat Jalan Raja Laut Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sumber: Facebook PAS Parit Buntar