Ahmad Zahid Ingatkan MP BN Bawa Suara Rakyat Secara Bertanggungjawab

LocalPolitics
11 Oct 2024 • 3:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Ahli Parlimen (MP) BN untuk memainkan peranan mereka dengan berkesan, pada sidang parlimen kali ini yang bermula 14 Oktober dengan membawa suara serta kepentingan rakyat secara bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi pre-council BN semalam, sebagai persediaan menghadapi Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Sidang Parlimen ke-15.

image is not available

Foto: Facebook Zahid Hamidi

“Kestabilan politik adalah kunci kepada pembangunan negara dan kita perlu komited untuk terus mendukung usaha ini demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara,” katanya menerusi catatan di Facebook miliknya.

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau mengingatkan agar semua Ahli Parlimen BN dapat membawa suara dan kepentingan rakyat dengan bertanggungjawab.

“Saya berharap agar semua Ahli Parlimen Barisan Nasional dapat memainkan peranan dengan efektif dalam sidang Parlimen kali ini, membawa suara dan kepentingan rakyat dengan penuh tanggungjawab. Insya-Allah,” ujarnya.

image is not available

Foto: Facebook Zahid Hamidi

image is not available

Foto: Facebook Zahid Hamidi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved