Ahmad Fadzli dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor

3 Feb 2025 • 8:42 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 FEB: Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor baharu berkuat kuasa hari ini.

Ahmad Fadzli yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri dilantik bagi menggantikan Dato’ Haris Kasim.

Majlis menandatangani nota serah tugas disaksikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari.

Hadir sama menyaksikan ialah barisan EXCO Kerajaan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Mohd Yazid Sairi, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Dato’ Johary Anuar dan seluruh Ketua Jabatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Ahmad Fadzli pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Ketua Kluster Pengurusan dan Inovasi (INTAN) sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor pada 16 Disember 2021.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved