Ahmad Maslan Kongsi Video Sepakan Penalti, Aksi Penjaga Gol Elak Bola Buat Ramai Bingung

Entertainment
21 Aug 2022 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Ahmad Maslan. Sosok politik ini sudah berkhidmat menjadi Ahli Parlimen Pontian sejak Mac 2008, sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, Ahmad Maslan ada memuat naik satu ciapan video di Twitter yang menunjukkan beliau sedang berada di dalam gelanggang futsal. Turut kelihatan beberapa individu lain yang berada di situ untuk melihat aksi ahli politik ini.

image is not available

Video berdurasi selama 6 saat itu memperlihatkan Ahmad Maslan sedang mengambil sepakan penalti, sambil gawang dijaga oleh seorang lelaki. Bagaimanapun, ada sesuatu yang lucu terjadi sehingga membuatkan video ini mendapat perhatian warganet.

Penjaga gol tersebut dilihat seolah-olah sengaja membiarkan bola sepakan Ahmad Maslan masuk ke dalam gawang gol. Video tersebut turut memperlihatkan penjaga gawang mengelak bola tersebut dengan membengkokkan badannya.

image is not available

Video ini ternyata tular dan mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya bingung dengan tindakan penjaga gol itu. Namun, ada juga yang beranggapan penjaga gol itu sengaja memberi peluang kepada Ahmad Maslan sebagai tanda hormat kepada ahli politik itu.

Ada juga yang berseloroh dengan meminta Manchester United agar menandatangani Ahmad Maslan kerana mempunyai sepakan penalti yang begitu unik dan padu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article