Ahmad Redzuan-Zi Yu tamatkan penantian 19 tahun Malaysia dalam acara beregu campuran

5 Jul 2026 • 12:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ahmad Redzuan-Zi Yu tamatkan penantian 19 tahun Malaysia dalam acara beregu campuran
Ahmad Redzuan dan Zi Yu meraih kejuaraan acara beregu campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Asia 2026 pada Ahad. Foto Facebook BAM

PENANTIAN 19 tahun Malaysia untuk meraih kejuaraan acara beregu campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Asia berakhir pada edisi 2026 pada Ahad apabila gandingan Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal dan Low Zi Yu melakar sejarah di Yatsushiro, Jepun.

Pasangan pilihan kedua negara itu mempamerkan aksi yang mantap sepanjang perlawanan dan berjaya menewaskan lawan, iaitu gandingan dari China, Zheng Wei Gang dan Li Meng Han dalam aksi final straight set selama 43 minit di Gimnasium Umum Bandar Yatsushiro.

Pemain negara menguasai set pertama 21-15 dan mengatasi pencabarnya yang cuba bangkit pada lewat perlawanan, sebelum berjaya mengesahkan kemenangan pada set kedua 22-20.

Kejayaan itu turut menjadi kemenangan pertama mereka ke atas pasangan China itu dalam pertemuan sulung kedua-dua pasangan.

Pencapaian bersejarah ini penting buat skuad badminton Malaysia apabila mereka menjadi pasangan beregu campuran remaja negara pertama merangkul gelaran itu sejak Tan Wee Kiong dan Woon Khe Wei melakukannya pada 2007. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved