Ahmad Zahid harap wakil BN wujud kolaborasi efektif dengan ahli Kabinet lain

Politics
13 Dec 2023 • 1:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid berharap ahli kabinet Barisan Nasional mewujudkan kolaborasi yang efektif dengan ahli kabinet lain. - Gambar X @Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap ahli-ahli Kabinet Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan mewujudkan kolaborasi yang efektif dengan anggota-anggota Kabinet lain.

Perkara itu disuarakan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi perkongsiannya di media sosial pada Rabu.

"Awal pagi tadi sebelum bermulanya mesyuarat Kabinet, saya dapat meluangkan masa bersama-sama dengan rakan-rakan Barisan Nasional yang ditaklifkan amanah sebagai menteri dan timbalan menteri.

"Saya berharap buat semua yang telah diberikan tanggungjawab ini untuk mewujudkan kolaborasi yang efektif, kesefahaman yang jitu dan kerjasama yang baik antara wakil Barisan Nasional dan ahli Kabinet yang lain untuk memperjelaskan dasar serta polisi demi mencapai matlamat pembangunan negara.

"Laksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan bersama kita menjaga imej parti kerana kitalah yang menjadi representasi untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat," ujarnya.

Dalam masa sama, Timbalan Perdana Menteri berharap semua ahli Kabinet BN dapat memainkan peranan sewajarnya memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dan memperkasakan agenda Malaysia Madani.

Pada Selasa, antara ahli Kabinet BN yang terlibat dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk Datuk Seri Mohamad Hasan yang berpindah ke Kementerian Luar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pertahanan) dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Menteri Pendidikan Tinggi). - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved