Ahmad Zahid sifatkan Anthony Loke seorang berprinsip

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 7:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ahmad Zahid sifatkan Anthony Loke seorang berprinsip

ALOR GAJAH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada Anthony Loke atas sumbangannya sepanjang berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan.

Ahmad Zahid turut menyifatkan Anthony sebagai pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip dan pendiriannya.

“Saya mengucapkan terima kasih selama beliau (Anthony) sebagai anggota Jemaah Menteri. Kebetulan beliau duduk sebelah kanan saya dalam Mesyuarat Kabinet dan kami akan kehilangan beliau dalam Kabinet.

“… dan saya mengucapkan selamat maju jaya (kepada Anthony) berada di luar Kabinet,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Kemakmuran Pekebun Kecil dan Hari Terbuka Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Melaka 2026 di sini, hari ini.

Terdahulu, Anthony mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Setiausaha Agung DAP itu berkata keputusan tersebut selaras dengan pendirian yang diumumkan beliau pada Jumaat lalu. – Bernama

The post Ahmad Zahid sifatkan Anthony Loke seorang berprinsip appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved