Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa beliau berpegang pada janji untuk melepaskan jawatan sekiranya Datuk Seri Najib Razak dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.
“Ini Setiausaha Agung DAP, bukan Presiden MCA”
Merujuk video yang dikongsi Malaysia Gazette, Loke dalam ucapannya menyentuh mengenai kedudukannya dalam Kabinet ketika merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau menjelaskan bahawa dirinya adalah Setiausaha Agung DAP dan bukannya seperti Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
“Ini setia usaha agung DAP. Ini bukan Presiden MCA. Ini Anthony Low. Bukan Lee Ka Siong,” katanya.
Pegang pada janji!
Dalam masa sama, Loke mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Menteri Pengangkutan walaupun untuk tempoh seminit selepas Najib dibenarkan pulang ke kediamannya.
“Saya kata saya akan letak jawatan. Saya akan letak jawatan. Najib balik rumah, satu minit lebih pun saya tak akan pertahankan jawatan itu saya lepaskan jawatan serta-merta,” katanya.

Terdahulu, Loke mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 November yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Zahid yang juga Presiden UMNO dalam satu kenyataan menganggap keputusan dibuat Setiausaha Agung DAP itu satu tindakan yang berpendirian dan akan merindui keberadaan beliau yang duduk disebelahnya dalam Kabinet.
Sumber: Malaysia Gazette






