Ahmad Zahid tiba di Jakarta perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 4:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ahmad Zahid tiba di Jakarta perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Jakarta, Indonesia bagi memulakan lawatan kerja yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.

Ketibaan beliau disambut Kepala Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Republik Indonesia, Dr. Ir. Ahmad Haikal Hassan; Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Muzafar Shah Mustafa serta perwakilan Malaysia.

Menurut Ahmad Zahid, lawatan itu turut menjadi kesinambungan usaha memperluas kerjasama dalam beberapa bidang strategik termasuk industri halal, pembangunan desa, pengurusan bencana serta pendidikan dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Insya-Allah, saya akan mengadakan kunjungan hormat kepada Wakil Presiden Republik Indonesia, Gibran Rakabuming Raka bagi membincangkan beberapa perkara berkepentingan bersama yang melibatkan kedua-dua negara,” katanya menerusi kenyataan di media sosial hari ini.

Beliau turut dijadualkan menyertai Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5, termasuk menyampaikan ucaptama serta menjadi panel dalam sesi forum yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dan ekosistem halal serantau.

Selain itu, beberapa pertemuan lain turut dijadualkan sepanjang lawatan berkenaan.

Ahmad Zahid berharap setiap pertemuan dan perbincangan yang berlangsung dapat diterjemahkan kepada hasil yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Indonesia.

“Semoga usaha ini terus memperkukuh hubungan dua negara serumpun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Ahmad Zahid tiba di Jakarta perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved