Ahn Eunjin Dilamar Jadi Ibu Tunggal Dalam ‘Kissing For Nothing’

EntertainmentMovie
17 Oct 2024 • 10:37 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Rasanya ramai yang percaya untuk tonton sesebuah drama itu kalau Ahn Eun-jin yang berlakon kan?

Khabarnya, pelakon wanita itu akan muncul sebagai watak utama dalam drama SBS yang dijadualkan untuk disiarkan tahun depan, “Kissing For Nothing”.

Ia menggambarkan kisah percintaan antara seorang wanita bujang yang menyamar sebagai ibu tunggal untuk mendapatkan pekerjaan demi kelangsungan hidup, dan seorang ketua jabatan yang jatuh cinta kepadanya.

image is not available

Drama ini akan membawa kisah perkembangan peribadi watak utama yang mempelajari nilai pencapaian dan tanggungjawab di tengah-tengah cabaran hidup, serta komedi romantik yang hangat di mana penipuan dan salah faham berubah menjadi kebenaran dan cinta.

Dalam drama ini, Ahn Eun-jin akan memainkan peranan sebagai Go Da-rim, seorang wanita yang menyamar sebagai ibu tunggal berkahwin untuk melindungi keluarganya, sambil mengalami pelbagai peristiwa lucu dan mencabar.

Nantikan maklumat lanjut mengenai “Kissing For Nothing”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.