Ahsmon Bajah ketua polis Sandakan baharu

LocalPolitics
1 Mar 2025 • 4:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Asisten Komisioner Polis (ACP) Ahsmon Bajah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sandakan yang baharu, menggantikan ACP Abdul Fuad Abdul Malek.

Majlis serah tugas disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Shahurinain Jais, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada Khamis.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});ACP Abdul Fuad Abdul Malek dinaikkan pangkat ke Pemangku Senior Asisten Komisioner Polis (P/SAC) sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KJDNKA) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Abdul Fuad berkhidmat di IPD Sandakan selama tujuh tahun lapan bulan sebagai Timbalan Ketua Polis Sandakan sebelum dinaikkan pangkat menjadi Ketua Polis Sandakan pada April 2022.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dalam majlis sama, turut diadakan Majlis Serah Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Sandakan antara Fauziah Nor Mohd Ali kepada pengerusi Perkep yang baharu, Emmy Suin.

Shahurinain dalam ucapannya menekankan jawatan yang diamanahkan adalah tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebaik-baiknya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau juga menzahirkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pihak dan berharap mereka akan lebih cemerlang dalam melonjakkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar lebih efektif dan berkesan kepada masyarakat, khususnya di Sabah.