AI DeepMind WeatherNext 2 Boleh Meramal Cuaca Sehingga 15 Hari

WorldTechnology
18 Nov 2025 • 9:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google DeepMind melancarkan model kecerdasan buatan (AI) terkini mereka WeatherNext 2 yang boleh melakukan ramalan cuaca sehingga 15 hari dengan ia sehingga 8 kali lebih pantas berbanding model leluhur. Menurut DeepMind ia juga boleh melakukan ramalan sehingga kejituan setiap jam.

image is not available

WeatherNext 2 telahpun diintegrasikan ke dalam Search, Gemini, Pixel Weather dan Google Maps bagi memberikan ramalan cuaca yang lebih tepat kepada pengguna platform-platform milik Google ini. Ratusan situasi ramalan cuaca boleh dilakukan oleh WeatherNext 2 dari satu titik masa dalam masa kurang satu minit menggunakan hanya satu Google TPU.

Model AI WeatherNext 2 ialah sebuah lagi AI yang dibangunkan Google untuk meramal cuaca. Ciri ramalan taufan sehingga 15 hari lebih awal yang dilancarkan Jun lalu sebenarnya menggunakan WeatherNext 2 tetapi tidak diumumkan pada ketika itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved