
Setelah lebih setahun Leapmotor hanya menawarkan model C10 iaitu model SUV mereka dalam kelas segmen-D, hari ini mereka mengumumkan akan menerima pra-tempahan Leapmotor B10 iaitu SUV kelas segmen-C yang akan dijual pada harga sekitar RM 110K~RM 120K, dan pengguna boleh melakukan pra-tempahan pada harga RM 80 untuk 200 pembeli pertama.

Leapmotor B10 merupakan SUV elektrik segmen-C yang akan ditawarkan dalam dua versi, dengan perbezaan pada kapasiti bateri. Ia bakal menawarkan bateri sehingga 67.1kWh dengan jarak perjalanan sehingga 460KM, dan turut mempunyai pengecasan pantas DC 30%-80% dalam masa kurang dari 20 minit. Kereta elektrik pacuan belakang ini turut dilengkapi dengan sistem inforia yang menyokong tambatan nirwayar Apple CarPlay dan Android Auto, serta mempunyai ruang storan sebesar 420L yang boleh dibesarkan apabila kerusi belakang dilipat, menjumlahkan ruang storan sebesar 1,700L.
Buat 80 pengguna yang melakukan pratempahan Leapmotor B10 yang akan ditawarkan dalam 5 warna ini akan turut menerima ganjaran promosi bernilai RM 8,000 yang terdiri dari pengecas dinding, rebat tunai, dan juga pakej penyelenggaraan. Dengan Leapmotor B10 yang bakal ditawarkan ini, ia akan bersaing rapat lagi dengan pelbagai EV yang ditawarkan pada julat harga RM 110K-RM120K seperti Proton e.MAS 7, BYD Atto 3, MG S5 EV dan pelbagai lagi. Untuk melakukan pratempahan atau daftar minat, anda boleh melayari haraman rasmi mereka, atau berkunjung ke cawagan pengedar Leapmotor yang berhampiran.
- Tempah: Leapmotor B10

