AI ini boleh jana muzik percuma untuk video YouTube anda, tak perlu risau langgar hak cipta

Music
14 Feb 2023 • 9:55 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Nak gunakan lagu latar dalam video hasilan anda sekarang agak mencabar kerana semuanya dilindungi akta hak cipta. Kalau anda sedang cari solusi yang percuma, ini salah satu daripadanya. Anda boleh gunakan AI untuk jana lagu percuma. Beatoven.ai menyediakan servis tersebut dan pengguna boleh hasilkan muzik berasaskan mood untuk disuaikan dengan video atuapun podcast sedang anda hasilkan.

image is not available

Apabila mewujudkan lagu baharu, anda diminta untuk menetapkan panjang lagu serta tempo, sama ada Slow, Medium, ataupun Fast. Sebanyak 8 genre boleh dipilih bergantung kepada video yang perlukan bunyi. Genre yang boleh dipilih adalah seperti:

  1. Indian
  2. Pop
  3. Ambient
  4. Indie
  5. Rnb
  6. Cinematic
  7. HipHop
  8. Electronic

Selepas genre, anda akan diminta untuk memilih apakah emosi yang ingin anda suntik ke dalam lagu. Ada 16 pilihan tersedia bermula daripada sedih, nyaman, motivasi, hinggalah seram, tegang, dan marah.

Setelah menghimpun semua pemboleh ubah yang diperlukan, anda bolehlah tunggu AI menjana lagu secara automatik.

image is not available

Jangan risau, sekiranya hasilnya tidak seperti yang anda inginkan, anda masih boleh tukar pemboleh ubah yang ditetapkan tadi di bahagian Track Properties dan sistem akan menjana semula lagu menurut pilihan anda.

image is not available

Selepas berpuas hati, anda boleh muat turun muzik dan gunakan dalam video anda tanpa perlu risaukan pelanggaran hak cipta. Satu kekurangan menjana muzik guna AI adalah ia berbunyi tak semula jadi, tapi ia percuma!

Sumber: Beatoven.ai

Bacaan berkaitan