AI Overview Semakin Jarang Diberikan Pada Keputusan Carian Google Search

TechnologyDigital
16 Jul 2024 • 12:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri AI Overview diberikan kepada semua pengguna Google Search pada pertengahan Mei lalu. Tetapi ia mula menawarkan keputusan carian yang memberikan fakta yang salah dan dalam kes lebih serius memberikan saranan yang boleh membahayakan pengguna. Akibatnya Google telah mematikan ciri AI Overview pada carian untuk topik tertentu.

image is not available

Menurut laporan Search Engine Land, AI Overview kini semakin jarang diberikan apabila carian Google Search dilalukan. Sejak awal bulan Jun, AI Overview hanya diberikan pada 7% carian berbanding 11% pada awal bulan. Dalam carian untuk topik pendidikan pula, AI Overview hanya sebanyak 13% berbanding 26% sebelum ini. Lebih menakjubkan untuk topik carian berkenaan hiburan pula ia turut ke 0% berbanding 14% sebelum ini.

Sejak AI Overview diperkenalkan, ia menerima tentangan daripada pemilik laman kerana ia kecerdasan buatan (AI) melakukan ringkasan kandungan terus di Google Search menyebabkan laman yang menjadi sumber tidak dilawati oleh pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved