“Aib kita ditutup” – Aisyah Aziz Minta Orang Ramai Tidak Buat Spekulasi Isu Kontroversi Libatkan Abangnya

Entertainment
12 Mar 2024 • 10:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, selebriti terkenal iaitu pelakon serta penyanyi Alif Aziz sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan dicekup berdua-duaan bersama pelakon wanita, Ruhainies di sebuah kediaman di Kuala Lumpur.

Adik kepada Alif iaitu Aisyah Aziz yang juga merupakan seorang penyanyi itu menerusi laman Instagram miliknya telah mengeluarkan respon berkenaan isu tersebut.

image is not available

Menurutnya, dia dan keluarganya akui terkesan dengan tohmahan serta kecaman yang diberikan oleh orang ramai susulan kontroversi yang berlaku itu.

Pelantun lagu Indah Pada Waktunya itu berkata dia tidak boleh menghakimi tindakan segelintir pihak yang berkata buruk berkenaan abangnya itu kerana mungkin ianya satu ‘kepuasan’ untuk mereka.

“Mungkin bercakap berkenaan perkara itu dan menyebarkannya membuatkan anda rasa puas, tapi saya berharap anda dapat menahan diri dari ‘godaan’ menyebarkan fitnah atau aib kerana kita semua diuji,” tulisnya.

Selain itu, bekas pelajar Akademi Fantasia itu juga berkata Allah telah menutup aib kita daripada orang ramai dan janganlah kita menjadi orang-orang yang membukanya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.