Aidid Marcello rakam senyap2 gelagat anak gadis dapat lesen P buat ramai terhibur

2 Jun 2024 • 6:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Personaliti televisyen, Aidid Marcello rakam senyap2 gelagat anak gadisnya yang baru sahaja mendapat lesen P kereta telah mencuit hati ramai.

Anak gembira dapat lesen P

Dia yang merakam video dari dalam kereta tanpa disedari anak gadisnya sewaktu meminta bantuan seorang jejaka untuk mengambil gambar sempat berseloroh mengatakan remaja terbabit lebih gembira mendapat lesen berbanding menerima keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

@aidid.marcello

Semoga yg baru dapat lesen ni, pandu dengan berhemah ya . Congrats!! #aididitmyway #lesen #driving #fy #fyp #fypシ゚viral

♬ Dealova Piano – DNP

Aidid Marcello rakam senyap2, ada jejaka tolong tangkap gambar anak

Paling melucukan adalah gurauan Aidid apabila mengatakan lelaki yang membantu anaknya, Alyea Nai Lina, 18 mengambil gambar cuba untuk memikat gadis itu kerana dia juga pernah muda serta melakukan ‘modus operandi’ yang sama.

“Ambil gambar sorang pula. Brother ni adjust ni aku rasa. Bukannya aku tak tahu, aku pernah muda,” selorohnya.

image is not available

Video Aidid Marcello rakam senyap2 gelagat anak dapat perhatian

Perkongsian tersebut sudah tentu menjadi perhatian ramai dan tidak menyangka bahawa anak Aidid Marcello bersama Norzie Pak Wan Chek iaitu bekas pengacara Majalah 3 sudah meningkat dewasa.

Lebih membuatkan ramai terhibur sudah tentu beberapa akaun TikTok yang mencuba nasib memberi salam kepada personaliti televisyen itu dengan panggilan ‘ayah’.

image is not available

Asalamualaikum ayah

image is not available

Cepatnya masa berlalu, tahu2 anak dah besar

image is not available

Lawak part Aidid kata dia ‘pernah muda’

image is not available

Macam baru je tengok Aidid nikah dengan Norzie

image is not available

Ayah perati je dari jauh

image is not available

Ramai cuba nasib nampaknya

image is not available

Untuk rekod, Aidid Marcello yang merupakan bekas pengacara program Remaja di TV3 telah mendirikan rumah tangga dengan Norzie Pak Wan Chek pada Mei 2005. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Alyea Nai Lina berusia 18 tahun, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.

Sumber: TikTok aidid.marcello