Ibu kecewa anak dapat E bagi subjek matematik SPM -“Kena lulus semua 9A+”

30 May 2024 • 11:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang ibu kecewa anak dapat E bagi subjek matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Perasaan kecewa itu dikongsikan oleh anak lelakinya dalam sebuah hantaran di platfrom TikTok sehingga meraih perhatian ramai.

Anak kongsi keputusan SPM 2023

Menerusi hantaran tersebut, si anak dikenali Mohamad Haziq berkongsi keputusan SPM 2023 yang diperolehi dengan menunjukkan dia berjaya mendapat 4A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Sains, manakala A- bagi subjek Perniagaan dan Tasawwur Islam.

Sementara itu, B+ dan B bagi masing-masing subjek Pendidikan Islam dan Geografi.

“Are you proud of yourself?”tulisnya ringkas.

image is not available

Ibu kecewa anak dapat E

Bagaimanapun, ibunya meluahkan rasa kecewa dia memperoleh E bagi subjek Matematik yang disifatkan tidak sempurna secara keseluruhannya.

Menurut si ibu, keputusan SPM 2023 yang dimiliki oleh anaknya itu dilihat seakan menyukarkan anak sulungnya melanjutkan pengajian di universiti.

“Lulus cukup makan ja. Sepatutnya semua mata pelajaran 9.. kena lulus semua 9A+.
“Abang Long dapat 6A 2B 1E.. lulus tapi kurang memuaskan,”jujur si ibu.

Susulan itu, si ibu menasihati anaknya untuk menduduki semula peperiksaan SPM yang akan datang bagi mendapatkan keputusan yang memuaskan.

image is not available

Minta maaf, tiada niat sebar aib

Sedar hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi, remaja berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka seandainya perkongsian itu telah mengguriskan hati mana-mana pihak.

Jelasnya, dia tidak mempunyai niat untuk menyebarkan aib keluarga, sebaliknya mahu semua orang maklum dan bersyukur dengan keputusan peperiksaan yang diterima.

Dalam pada itu, dia turut akui teguran daripada ibunya ada benarnya, selain berterima kasih atas segala doa dan kata-kata positif yang dititipkan orang ramai kepadanya.

image is not available

image is not available

Sumber: TikTok @bryanbounn