Aidil Aziz Dan Fasha Sandha Guna Kaedah IVF, Pilih Cara ‘Manual’ Nak Dapatkan Anak Lelaki – “Asalkan Sihat Walafiat”

Family & Parenting
17 Jan 2024 • 12:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan selebriti, Aidil Aziz dan Fasha Sandha mendedahkan bahawa mereka berdua akan melakukan prosedur In-Vitro Fertilization (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata lelaki pada tahun ini.

Ditemui mStar, Aidil dan isterinya memilih cara ‘manual’ untuk meningkatkan peluang bagi mendapatkan zuriat anak lelaki pula.

Usaha untuk dapat anak lelaki

Kata Aidil, meskipun dapat melakukan kaedah semula jadi bagi mendapatkan zuriat, namun mereka berdua bimbang sekiranya diberikan anak perempuan lagi.

Perancangan dengan Fasha dalam tahun ini, plan untuk mendapatkan seorang baby boy. Kita nak kan lelaki, kita buat IVF untuk pilih jantina.

Siapa yang tak nak natural, yang previous (aisya) pun natural, takut dapat anak perempuan lagi.

Ada yang bagi petua

Ujarnya, ada juga yang memberikan petua untuk mendapatkan anak lelaki namun dengan kemunculan teknologi yang semakin canggih, kaedah perubatan IVF boleh digunapakai sebagai pilihan.

Tegasnya di akhir temu bual, dia dan Fasha sentiasa bersyukur dikurniakan anak tidak kira jantina jika ia ditentukan Allah S.W.T, asalkan sihat walafiat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Danny X-Factor Kini Bawa E-Hailing, Amal Konsep Sedekah - "Pelajar Dan OKU Tak Perlu Bayar"