Cara Dapatkan Air Tebu Sedap, Guna Pengikis RM10 Jimat Kos

Entertainment
31 Dec 2023 • 4:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak ramai peniaga akan berkongsi rahsia kejayaan mereka kerana tidak mahu ditiru oleh persaing. Namun tidak bagi seorang usahawan tebu yang lebih teruja untuk berkongsi ilmu untuk mendapatkan air tebu yang berkualiti dan tahan lama.

Dalam video tersebut, lelaki itu menunjukkan cara mengikis kulit tebu sebelum mendapatkan air tebu. Menurutnya, itu merupakan satu teknik untuk memproses tebu secara murah dan praktikal.

image is not available

Lebih menarik, alatan pengikisnya menjadi perhatian kerana tidak memerlukan modal yang besar hanya sekadar RM10.

Pelbagai teknik diceritakan oleh lelaki itu yang ternyata tidak lokek berkongsi ilmu. Rata-rata komen netizen teruja dan saling berkongsi pendapat masing-masing.

Tidak dinafikan, cara penyampaian dan ikhlas berkongsi ilmu juga antara faktor rezeki pengusaha air tebu ini luas. Moga lelaki tersebut dimurahkan rezeki dengan perkongsian ilmu ini.

Sedap juga kalau dapat air tebu ni. Kalau dapat dengan batang tebu pun boleh layan juga gigit.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.