Aidiladha: Aliran trafik perlahan, Plus aktifkan laluan Smart Lane

15 Jun 2024 • 4:46 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman menjelang sambutan Aidiladha, Isnin ini.

Menerusi laporan terkini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dari ibu negara mula perlahan kerana pertambahan kenderaan.

Bagi melancarkan perjalanan ke arah selatan tanah air, Plus telah mengaktifkan laluan Smart Lane dari Kilometer (Km) 194.5 hingga 184.0 laluan Ayer Keroh ke Jasin, Melaka arah selatan.


Menerusi laman X, Plus memaklumkan laluan Smart Lane sepanjang 11.1 Km itu diaktifkan bermula jam 2 petang tadi hingga 7 malam ini.

"Pengaktifan Smart Lane Km 194.5 hingga Km 184.0 arah Selatan dari Ayer Keroh ke Jasin. Lorong paling kiri boleh dilalui di lokasi.

"Kenderaan ringan ikut Smart Lane. Pandu berhati-hati,” katanya. – 15 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved