Aidiladha: PLUS Jangka Lebih 2 Juta Kereta Banjiri Lebuhraya

LocalTravel
3 Jun 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sempena cuti Hari Raya Aidiladha pada minggu ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih dua juta kenderaan sehari pada hari puncak di rangkaian lebuh raya kendaliannya.

Kesesakan dijangka berlaku sekitar 5, 6 Jun dan 8 hingga 9 Jun ini.

Untuk itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal pada musim perayaan dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA.

"PLUS bersiap sedia untuk menguruskan peningkatan trafik di lebih raya bagi membantu pengguna menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa sepanjang musim perayaan ini.

"Pengguna boleh memuat turun dan mengakses aplikasi PLUS untuk memilih waktu perjalanan paling optimum bagi perjalanan di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) antara 5 Jun hingga 10 Jun depan, sempena perayaan Aidiladha," katanya.

image is not available

Bagi melancarkan aliran trafik, PLUS akan mengaktifkan Smart Lane di 30 lokasi pada musim perayaan kali ini.

Untuk keselesaan pengguna di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat (R&R), PLUS turut menyediakan 26 unit tandas kabin tambahan.

Sementara itu, bagi mengelak gangguan pergerakan trafik, PLUS memaklumkan tiada penutupan lorong untuk kerja penyelenggaraan bermula 5 hingga 9 Jun depan, kecuali membabitkan pelaksanaan kerja kecemasan, pengalihan kemalangan dan pembaikan kritikal.