Lebih Dua Juta Kenderaan Dijangka Masuk Kelantan Sempena Hari Raya Korban

3 Jun 2025 • 7:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang paling ditunggu-tunggu terutamanya di negeri sebelah Pantai Timur.

Dua juta kenderaan dijangka masuk Kelantan

image is not available

Foto: Berita

Oleh itu, dijangkakan lebih dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan bagi meraikan hari perayaan tersebut yang dijadualkan bakal disambut pada Sabtu ini.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan peningkatan trafik di Kelantan dijangka lebih tinggi berbanding musim perayaan Aidilfitri kerana para perantau pulang ke kampung halaman bersama keluarga melaksanakan ibadah korban.

“Polis akan memberi tumpuan kawalan lalu lintas di lokasi utama termasuk jalan persekutuan, kawasan sempadan serta pusat bandar bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan sepanjang musim perayaan,” kata Mohd Yusoff, di Universiti Malaysia Kelantan, hari ini.

image is not available

Foto: Harian Metro

Beliau juga menegaskan terdapat beberapa laluan yang berisiko tinggi mengakibatkan kemalangan antaranya Jalan Pasir Mas–Rantau Panjang, Jalan Kota Bharu–Kuala Krai serta Jalan Gua Musang–Jeli.

Oleh itu pihak polis telah mengenal pasti sebanyak 41 lokasi ‘hotspot’ yang sering berlaku kesesakan lalu lintas serius dan rondaan akan dipertingkatkan di kawasan berkenaan semasa cuti perayaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved