Aidilfitri: 12 Lokasi Kemalangan Sudah Dikesan!

20 Mar 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 12 lokasi berisiko berlaku kemalangan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sempena Aidilfitri akan datang.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pasukannya akan ditempatkan di semua lokasi tersebut bermula 29 Mac hingga 3 April.

image is not available

"Dua lebuh raya ini menjadi tumpuan kita...matlamat utama kami adalah untuk sampai ke lokasi berlaku kemalangan tidak lewat dari setengah jam setelah berlaku sebarang insiden.

"Berdasarkan pengalaman kita apabila berlaku sebarang kejadian di lebuh raya tersebut ia boleh menyebabkan kesesakan trafik yang panjang jadi untuk mengurangkan impak daripada insiden itu kita letakkan anggota di lokasi tersebut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved