Aidilfitri 2025: Larangan Kenderaan Berat Dilaksana Bermula 29 Mac

LocalCars
11 Mar 2025 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenakan larangan pemanduan kenderaan berat bermula 29, 30 Mac dan 5 hingga 6 April 2024 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ini selepas penguatkuasaan larangan itu dibuat memandangkan eningkatan trafik ketara kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman sempena cuti Aidilfitri.

image is not available

"Tujuan Road-Ban ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian,” katanya.

Bagi kenderaan barangan yang gagal mematuhi peraturan, mereka akan diambil tindakan mengikut Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang mana kompaun sebanyak RM300 atau denda di mahkamah tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan jika sabit kesalahan.