Aidilfitri: 80,000 Kenderaan Dijangka Masuk Terengganu

19 Mar 2025 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

.Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menjangkakan sekitar 70,000 hingga 80,000 kenderaan akan memasuki negeri itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata, peningkatan jumlah kenderaan dijangka bermula pada 28 Mac ini.

Menurutnya kemuncak kesesakan akan berlaku pada 29 dan 30 Mac menjelang sambutan perayaan tersebut.

image is not available

"Dalam tempoh itu, kesesakan aliran trafik dijangka tertumpu di lebuh raya utama dan jalan persekutuan.

"Selepas musim perayaan, kita menjangkakan kesesakan teruk berlaku pada 5 dan 6 April apabila perantau mula kembali ke ibu kota dan negeri-negeri lain," katanya.

Apapun, rancang perjalanan anda dengan menggunakan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Lebuhraya KL-Karak (KLK) & Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena raya tahun ini.