Aidilfitri: Keluarga boleh lawat tahanan raya ketiga, keempat

12 Apr 2023 • 11:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan sempena Aidilfitri pada Hari Raya ketiga dan keempat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Aidilfitri pada Hari Raya ketiga dan keempat.

Semua lawatan berkenaan melibatkan Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

Jabatan Penjara dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan keutamaan lawatan diberi kepada penghuni beragama Islam.

Selain kaedah bersemuka, perjumpaan secara dalam talian (panggilan video) juga dibenarkan iaitu pada 26 hingga 28 April ini.

Menurut kenyataan itu, keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat antaranya waktu lawatan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

"Membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sample dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.

"Selain itu, pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Penjara memaklumkan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu melalui tempahan iaitu Sistem i-Visit di www.prison.gov.my, panggilan telefon dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

"Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan mereka perlu menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved