Aiman Tino Bakal Tamatkan Zaman Bujang, Kongsi Video Merisik Di Instagram

22 Jan 2023 • 4:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Aiman Tino dan Syarah Haifa - Gambar Instagram Aiman Tino

Nampaknya satu persatu jejaka idaman gadis Malaya bakal menamatkan zaman bujang. Selepas Syafiq Kyle mengumumkan bakal berkahwin dengan Mimi Lana, kini tiba giliran Aiman Tino pula.

Dalam dia rupanya penyanyi yang popular dengan lagu 'Ku Rela Dibenci' ini sedang menjalin hubungan cinta bersama wanita yang dikenali sebagai Syarah Haifa.

Aiman telah berkongsi video majlis merisik yang telah berlangsung semalam di akaun Instagram miliknya.

Dalam video berkenaan, kelihatan ibu Aiman menyarungkan cincin ke jari manis Syarah yang anggun berbusana tradisional berwarna hitam.

image is not available
Tangkapan layar InstaStory Aiman Tino

"Semoga kisah perkenalan ini menjadi asbab kebahagiaan dan permulaan baru untuk diri ini.  Terima kasih di atas segala doa," tulis Aiman di Insta Story.

Tahniah diucapkan kepada Aiman Tino. Semoga segala urusan untuk ke jinkang pelamin akan dipermudahkan. - Getaran, 22 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved