Tahniah! Mimi Lana – Syafiq Kyle Sudah Bertunang, 'One Step Closer...'

Entertainment
21 Jan 2023 • 3:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagramnya, Mimi Lana telah memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan sebentuk cincin belah rotan yang diterimanya - Gambar Instagram Mimi Lana

Baru-baru ini, aktor Syafiq Kyle telah pun memaklumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya dan sedang melakukan satu persatu persiapan untuk bergelar suami. 

Ya! Syafiq Kyle akan menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini kekasihnya, Mimi Lana yang juga seorang pelakon tidak lama lagi 

Bahkan, sumber memberitahu bahawa Syafiq dan Mimi telah pun menghadiri kursus perkahwinan sebagai persiapan bergelar suami isteri. 

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagramnya, Mimi Lana telah memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan sebentuk cincin belah rotan yang diterimanya.

        View this post on Instagram                      

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Gambar itu tidak menunjukkan wajah penuh Mimi dan Syafiq, sebaliknya ia hanya memaparkan jari-jemari Syafiq yang cuba memasukkan cincin itu ke jari manisnya. 

Mimi juga turut menulis: “One step closer (selangkah ke pengakhiran), Insya-Allah”. 

Sebaik sahaja Mimi memuat naik hantaran tersebut, dia telah menerima pelbagai ucapan tahniah daripada netizen dan rakan-rakan selebriti seperti Fazura, Naim Daniel, Eyka Farhana, Dynas Mokhtar, Zahirah Mac Wilson, Scha Al-Yahya, Elfira Loy, Adam Lee, Azira Shafinaz, Sherry Alhadad dan ramai lagi.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

Kisah percintaan pasangan ini mula menjadi perhatian ramai sejak dikatakan menjalin hubungan cinta kira-kira tujuh tahun lalu. Hubungan mereka berdua juga pernah terhenti seketika sebelum kembali bertaut.

Tahniah Mimi Lana dan Syafiq Kyle! Semoga segala urusan pasangan ini untuk membina masjid akan dipermudahkan. – Getaran, 21 Januari 2023