
MEMILIKI perwatakan ‘gila-gila’ dan selamba memberi kelebihan buat dua penghibur serba boleh Ain Edruce dan Sherry Alhadad mencari keserasian sepanjang sesi rakaman lagu raya mereka berjudul Balik Kampung...Gosip Raya.
Dijangkakan menjadi single raya paling ‘havoc’ tahun ini kemunculan lagu berkenaan disifatkan bukan sekadar lagu raya biasa tetapi penuh dengan kisah realiti yang pasti mencuit hati pendengar.
Ain berkata proses rakaman bukan sahaja mudah malahan menyeronokkan.
“Kami berdua bukannya penyanyi profesional. Jadi setiap kali selesai rakaman pasti ada sesi gelak ketawa.“Kadang-kadang rakaman sampai susah untuk diteruskan kerana kami ketawa terlampau lama,”katanya.



