
Terkenal dengan fesyen pelik, penyanyi popular Aina Abdul menepati jangkaan apabila sekali lagi berjaya mencuri tumpuan ramai.
Kali ini, Aina dihantar ke karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 menaiki lori kaca!
Dapat dilihat Aina memakai kostum besar gedabak berkonsepkan oversize blazer berwarna merah sehingga memerlukan bantuan kira-kira 10 orang krew.
Wehhh koraaaanggg! AINA ABDUL datang Anugerah Bintang Popular naik LORI
— Arif E. (@arfdy12) July 21, 2023
Hahaha ada je idea Aina ni! All the best for tonight!!#ABPBH35 @tv3malaysia @ainaabdulmusic @abushaef pic.twitter.com/ohRmNJWHd5
Korang rasa okay ke tidak fesyen ni? Di media sosial, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen mengenai penampilan ini. Sudah tentu ramai yang terkedu melihat gaya pelik Aina setiap kali muncul di sebarang majlis anugerah kan?

Apa-apa pun tak sabar nak tunggu pemenang yang bawa pulang trofi Bintang Popular tahun ini. Korang teka siapa?
Kredit: mStar | TV3 Malaysia | Twitter


