“Panas Menantu Sebenar” – Datin Patimah Teman Puteri Sarah, Netizen Petik Nama Ira

21 Jul 2023 • 10:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 hari ini, pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri tumpuan apabila hadir ditemani ibu bapa mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.

Menerusi video yang dikongsi semula oleh Datin Patimah, Puteri Sarah dilihat diapit kiri dan kanan oleh ibu bapa mentua kesayangannya itu.

Puteri Sarah yang memakai busana biru tercalon Top 5 bagi kategori Aktres TV Popular bersaing dengan Anna Jobling, Sharifah Rose, Siti Saleha dan Raysha Rizrose.

image is not available

Di ruangan komen perkongsian Datin Patimah, netizen memuji Datuk dan Datin yang sentiasa memberi sokongan buat Puteri Sarah.

image is not available

image is not available

Tak kurang juga yang memetik nama menantu baru, Ira yang dikatakan masih belum berbaik dengan mentuanya.

Kredit: Instagram Patimah Ismail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media