Aina Abdul Lengkapkan IMAJI dengan Versi Deluxe, Tambah Tiga Lagu Baru

25 Oct 2024 • 10:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas setahun melancarkan album IMAJI, penyanyi, Aina Abdul mengeluarkan album susulan iaitu IMAJI deluxe.

Pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu, menyatakan  sebagai seorang penyanyi dia juga menyimpan hasrat seperti penyanyi lain untuk memiliki album tersebut. 


“Sebenarnya saya memang bercita-cita nak ada deluxe.

“Saya tengok idola saya ada album seperti itu dan saya rasa bagusnya juga jika saya juga mempunyai satu album deluxe selepas melancarkan album pertama saya,” kata Aina kepada Gempak.

Melengkapkan penerbitan IMAJI, Aina tampil dengan tiga buah naskah baharu iaitu Menua, Jadi Ajari Aku, dan Gentayangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved