Aina Abdul ‘puasa’ pakai fesyen pelik, mahu jaga hati & terima kritikan ibu

13 Jun 2023 • 9:54 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebut sahaja nama penyanyi popular, Aina Abdul pasti ramai sudah ‘masak’ dengan fesyen yang digayanya baik sewaktu hadir ke pementasan anugerah, majlis termasuklah Big Stage 5.

Malah, setiap fesyen yang dipakai oleh pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani akan menjadi mangsa ‘parodi’ di media sosial selain menerima banyak kecaman tanpa henti.

Terbaharu, penyanyi berusia 30 itu terpaksa akur dengan kecaman netizen yang meminta dirinya untuk tidak berpakaian melebih-lebih selain tidak mahu kecaman itu mendatangkan kesan kepada ibunya.

image is not available

Katanya, dia tidak kisah sekiranya ramai mengkritik fesyennya tetapi perlu mengambil kira akan perasaan seorang ibu yang sering mengikuti perkembangan diri di platform media sosial.

“Saya juga manusia biasa. Saya ada hati sama, juga macam semua orang. Rasa tak seronok bila kita buat sesuatu, kita asyik fikir apa yang orang suka dan tak suka. Saya sebenarnya sudah letih dengan kecaman demikian.
“Memang betul kena abaikan haters tapi saya kena fikirkan juga perasaan mak saya memandangkan mak saya sentiasa mengikuti perkembangan saya di platform media sosial. mak baca komen,”ujarnya.

image is not available

Disebabkan itu, pelatun lagu Semalam mengambil pendekatan untuk tidak berlebihan dalam berfesyen setelah menerima nasihat ‘makan dalam’ daripada ibunya sendiri.

Aina berkata, ibunya merupakan penyampai maklumat selain pengkritik utama dalam hidupnya terutama berkaitan pakaian.

“Saya perlu akur dengan permintaan mak juga. Mak cakap, tak payahlah (pakai baju pelik), pakai biasa je, makin lama orang membenci, itu semua doa,”ujarnya lagi.

image is not available

Sementara itu, Aina menyatakan dia tidak akan meninggalkan jenama ‘Aina Abdul’ yang dibawanya sejak sekian lama dan memilih untuk melepaskan ‘gian’ fesyen pelik ketika konsert A Night with Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena, kelak.

“Jujurnya saya ada macam-macam idea baju untuk Big Stage tapi takpelah. Saya simpan dan pakai masa konsert saya nanti,”kata Aina.

image is not available

Sumber: Kosmo! (Muhammad Haikal Ramli)