Air Asia India didenda juruterbang tidak jalani latihan ikut ketetapan

11 Feb 2023 • 8:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Pengawal selia penerbangan India mengenakan denda 4.4 juta rupee India (AS$53,320) ke atas syarikat penerbangan Air Asia India kerana juruterbang syarikat itu tidak menjalani latihan seperti yang ditetapkan, menurut sumber rasmi pada Sabtu.

Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) mendenda syarikat penerbangan swasta itu kerana melanggar syarat penerbangan awam (CAR) berhubung latihan mandatori juruterbang tidak dilakukan mengikut jadual semasa Pemeriksaan Kecekapan Juruterbang, lapor Xinhua.

Syarikat itu dikenakan penalti dua juta rupee India (AS$24,236) manakala denda 300,000 rupee India (AS$3,635) dikenakan ke atas setiap lapan pemeriksa kerana gagal melaksanakan tugas mereka mengikut CAR DGCA.

Selain itu, pengawal selia penerbangan juga menggantung tugas ketua bahagian latihan syarikat penerbangan swasta itu selama tiga bulan.

DGCA menjalankan pemeriksaan pada 23 hingga 25 Nov tahun lepas. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved