Air Asia Lancar Penerbangan Terus Dari Bali Dan Manado Ke Kota Kinabalu

29 Jul 2024 • 6:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sabah bakal terima lebih ramai pelancong dengan penerbangan terus dari Bali, Manado ke Kota Kinabalu

Air Asia Lancar Penerbangan Terus Dari Bali Dan Manado Ke Kota Kinabalu. AirAsia akan memulakan penerbangan langsung dari Bali dan Manado ke Kota Kinabalu, dijangka memberi kesan positif kepada industri pelancongan.

Mulai 9 Ogos, syarikat penerbangan tersebut akan mengendalikan tiga penerbangan seminggu dari Bali ke Kota Kinabalu. Seterusnya, pada 1 September, laluan dari Manado ke Kota Kinabalu akan dibuka.

image is not available
Air Asia Lancar Penerbangan Terus Dari Bali Dan Manado Ke Kota Kinabalu

Menurut sumber, Konsul Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu, Rafail Walangitan, menyatakan bahawa perkembangan ini menunjukkan hubungan kerjasama yang erat antara Indonesia dan Sabah dalam bidang pelancongan.

Beliau menekankan kepentingan kerjasama di antara agensi-agensi pelancongan dari kedua-dua negara untuk mewujudkan pakej pelancongan yang menarik dan bermutu tinggi.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan di kedua-dua destinasi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved