‘Air banjir di Manjoi naik sampai paras dada’

27 Nov 2026 • 9:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Air banjir di Manjoi naik sampai paras dada’

IPOH – Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kinta serta Manjoi dinaiki air dan laluan terputus.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak memaklumkan Jalan Menteri di Manjoi terputus hubungan akibat dinaiki air pada 6.45 petang.

Agensi itu bagaimanapun memaklumkan air di jalan berkenaan dan paras air sungai di kawasan sekitar mulai surut.

“Taman Hock Aun di daerah Kinta turut dinaiki air, namun air semakin surut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi Dewan Udangan Negeri Manjoi Datuk Asmuni Awi berkata turut dinaiki air Jalan Menteri, Jalan Tali Api, Jalan Pemimpin, Kampung Tengku Hussein Hujung dan kawasan sekitar.

“Pasukan Pusat Komuniti DUN Manjoi kini berada di lokasi bagi memantau keadaan mangsa banjir, ada penduduk memaklumkan air naik sehingga paras dada,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata penduduk yang terjejas dan terpaksa berpindah telah mendapatkan perlindungan sementara di Masjid Al-Ghufran, Kampung Manjoi dan Dewan KRT Kampung Tengku Hussein.

Setakat ini, jumlah mangsa dan pembukaan pusat pemindahan sementara masih belum diperoleh.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam hantaran di Facebook berkata semua agensi berkaitan sedang mengambil tindakan segera dan langkah mitigasi telah pun digerakkan.

Dalam masa yang sama, beliau berkata pihaknya akan memastikan setiap keluarga yang terjejas mendapat bantuan yang diperlukan dan keselamatan serta nyawa penduduk menjadi keutamaan.

“Kita memahami kesukaran yang sedang dilalui penduduk, lebih-lebih lagi apabila rumah yang menjadi tempat berlindung turut dimasuki air.

“Terima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang sedang bertungkus-lumus membantu. Sama-sama kita doakan agar air segera surut dan segala urusan dipermudahkan Allah SWT,” katanya. – Bernama

The post ‘Air banjir di Manjoi naik sampai paras dada’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved