28 mangsa terjejas banjir kilat di Manjoi

27 Nov 2026 • 9:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 28 mangsa terjejas banjir kilat di Manjoi

IPOH – Seramai 28 mangsa terjejas termasuk dua bayi perempuan ekoran banjir kilat di sekitar Manjoi, di sini pada pukul 5.34 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, banjir kilat itu berlaku di Jalan Menteri dan Jalan Tali Api, Sungai Tapah.

“Beberapa buah rumah ditenggelami air dan terdapat mangsa yang terperangkap. Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh membuat penyelamatan melalui Jalan Tali Api.

“Sementara itu, BBP Meru Raya membuat penyelamatan melalui Jalan Menteri dan paras air dianggarkan sedalam 1.3 meter. Jumlah keseluruhan mangsa yang berjaya diselamatkan adalah seramai 28 orang,” katanya di sini hari ini.

Katanya, jumlah mangsa merangkumi 28 orang iaitu lima lelaki dewasa, 10 wanita dewasa, tiga kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan, dua bayi perempuan, seorang lelaki warga emas serta seorang wanita warga emas. – KOSMO! ONLINE

The post 28 mangsa terjejas banjir kilat di Manjoi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved