Air Belum Surut, Bomba Terkejut Kanak-kanak Bawah 2 Tahun Main Banjir Tanpa Pengawasan Ibu Ayah [Video]

LocalFamily & Parenting
23 Dec 2025 • 10:28 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sehingga ke hari ini (23 Disember), bencana banjir di beberapa negeri di Malaysia masih belum reda. Walaupun sudah surut di kebanyakan kawasan, namun sesetengah mangsa masih bergelut dengan bencana tersebut. Ini termasuklah mangsa di negeri Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

Memetik laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), setakat enam pagi 23 Disember, seramai 331 mangsa banjir ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri.

Pahang mencatatkan mangsa tertinggi di antara empat negeri terbabit iaitu seramai 237 mangsa. Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap individu yang terjejas dengan bencana ini mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

image is not available
Sumber: NADMA

Baca Artikel Berkaitan: Ini Panduan Makanan Selamat Ketika Musim Banjir, Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kritik Tindakan Ibu Bapa Benarkan Anak Mandi-manda Dalam Air Banjir [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Sekumpulan Lelaki Dimarahi Ibu Kerana Mandi Air Banjir Undang Perhatian [Video]

Segelintir Penjaga Cuai Biarkan Anak Main Air Banjir

Pun begitu, masih ada yang terleka dan tidak memandang bencana banjir ini sebagai satu perkara yang serius. Perkara ini ditegur sendiri oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang baru-baru ini.

Menurut tinjauan anggota bomba, masih ramai ibu bapa atau penjaga yang membiarkan kanak-kanak bermain air banjir khususnya di kawasan Sungai Pahang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, kecuaian ibu bapa yang membiarkan anak kecil bermain banjir tanpa pantauan mereka itu dikhuatiri akan mengundang risiko bahaya dan insiden buruk yang tidak diingin berlaku.

Kanak-kanak Bawah 2 Tahun Main Banjir Tanpa Pengawasan

Ketika tinjauan sama, anggota JBPM telah terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak kecil di sebuah rumah di Kampung Surau Ganghong, Pahang.

“Lebih mengejutkan, seorang kanak-kanak berusia bawah dua tahun turut didapati bermain di kawasan banjir tanpa pengawasan orang dewasa.

“Ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab memantau keselamatan anak kerana banjir masih belum surut sepenuhnya, terutama di kawasan kampung berhampiran Sungai Pahang,” kata Wan Samsul Effendi, lapor Berita Harian.

@puterasemantan

#mtl #hujan #banjir #sungaipahang #jalan

♬ original sound – PUTERA SEMANTAN – PUTERA SEMANTAN

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Polis Halau Kanak-kanak Termasuk Golongan Dewasa Main Air Banjir Raih Perhatian [Video]

Air Banjir Yang Keruh Mungkin Ada Objek Tajam Atau Haiwan Berbisa

Mengulas tentang situasi banjir setakat malam tadi (22 Disember), beliau memaklumkan bahawa beberapa perkampungan sekitar Sungai Pahang masih ditenggelami banjir. Antara kawasan terjejas ialah Kampung Pulau Manis, Kampung Tanjung Pulai, Kampung Tebat dan Kampung Ganchong.

Banjir ini bukan sahaja meningkatkan risiko kejadian lemas, malah banyak lagi insiden yang boleh mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

“Dalam banjir itu mungkin ada objek tajam seperti kayu hanyut, paku dan kaca, selain risiko ancaman pelbagai binatang berbisa termasuk ular.

“Oleh itu jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak bermain banjir, mereka akan terdedah kepada pelbagai risiko,” tambah Wan Samsul Effendi.

image is not available
Sumber: JBPM Pahang

Penyakit & Gejala Bawaan Air Banjir

Setiap kali banjir berlaku, banyak pihak berkuasa atau agensi berkaitan menasihati orang ramai untuk tidak mandi air banjir.

Memetik Majlis Keselamatan Negara (MKN), berikut adalah antara gejala atau penyakit yang boleh dihidap mangsa sekiranya bermain dengan air banjir yang kotor:

  • Taun
  • Cirit-birit
  • Demam kepialu
  • Kolera
  • Leptospirosis
  • Hepatitis A
  • Demam denggi

Baca Artikel Berkaitan: Kalau Banjir Semut Lemas Tak? Siapa Sangka Ini Rupanya Cara Semut Selamatkan Diri Untuk Terus Hidup

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: “1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir