Bayi perempuan terperangkap di rumah pengasuh dilanda banjir

12 Dec 2025 • 10:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan banjir di Kampung Pasir Johor Bahru pada petang Jumaat.

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan berjaya diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap dalam sebuah rumah pengasuh yang dinaiki air akibat banjir kilat di Jalan Limau Purut, Pengkalan Rinting, Kampung Pasir di sini, petang Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan I, Wan Nor Afandi Wan Yussoff, berkata anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.38 petang.

"Sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku banjir kilat dan seorang bayi terperangkap di dalam rumah.

"Anggota bertindak membawa keluar bayi tersebut dan menyerahkannya dengan selamat kepada ibunya,"katanya dalam kenyataan.