"Dah beli Air Fryer nak diet, tiba-tiba group WhatsApp kata Air Fryer punca kanser pula. Mana satu betul ni?"
Ramai surirumah panik dan mula simpan balik Air Fryer dalam kotak.
Tuan-tuan dan puan-puan, bertenang.
Jangan buang Air Fryer anda lagi. Mari kita bedah siasat fakta sains di sebalik dakwaan ini.
…
Isu 1: Salutan 'Non-Stick' Beracun?
Ramai risau pasal lapisan anti-lekat (Teflon/PTFE).
Faktanya: Selagi salutan itu tidak bercalar dan tidak dipanaskan pada suhu ekstrem (melebihi 260°C - 300°C) dalam keadaan kosong, ia selamat.
Air Fryer di rumah kita jarang capai suhu setinggi itu. Masalah hanya timbul jika anda guna sudu besi sampai calar balar salutan tu. Bila dah calar, baru bahaya.
Isu 2: Bahan Kimia Acrylamide (Ini yang orang takutkan)
Acrylamide adalah bahan yang terhasil apabila makanan berkanji (kentang, roti) dimasak pada suhu tinggi sehingga garing atau hangit.
Ya, Acrylamide dikaitkan dengan risiko kanser.
…
TAPI... tahukah anda?
Menggoreng dalam kuali minyak penuh (Deep Frying) menghasilkan Acrylamide yang JAUH LEBIH BANYAK (sehingga 90% lebih tinggi) berbanding Air Fryer.
Air Fryer sebenarnya MENURUNKAN risiko ini jika dibandingkan dengan gorengan biasa, asalkan anda tak masak sampai hangus hitam legam.
Jadi, adakah Air Fryer bahaya?
Jawapannya: TIDAK, jika digunakan dengan betul.
Malah ia jauh lebih sihat sebab anda kurangkan pengambilan minyak sebanyak 70-80%.
Tips selamat:
1. Jangan masak sampai hangus hitam (Overcooked). Cukup sekadar 'Golden Brown'.
2. Jangan guna berus dawai untuk cuci bakul Air Fryer.
3. Jika salutan dah terkopek teruk, tukar bakul baru atau guna lapik kertas (parchment paper).
Teruskan guna Air Fryer anda. Lemak berkurang, jantung pun senang hati.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
