Air Manis

Health & Fitness
5 Mar 2025 • 9:30 AM MYT
William Cheah
William Cheah

A curious human always astounded by the highs and lows of humanity

image is not available
Gambar: IG

Air manis.

Sejak umur muda, dari awal 20an hingga 40an, saya minum air manis saja. Coke, Sarsi, Sprite dan 100 plus dalam botol 1.5 liter yang sentiasa mengiringi aku. Hingga tepi katil saya pun sentiasa ada. Pagi-pagi, buka mata saja, dah minum air manis. Pergi makan pun minum manis. Dalam kereta pun air manis. Sampai ada orang tanya bolehkah minum 100 plus panas? Sebelum tidur...air manis juga. Sebab itu tepi katil sentiasa ada botol minuman karbonat.

Saya langsung tak minum air kosong. 0%.

Ya...masa itu juga ada orang tegur jangan minum banyak air manis.

Tapikan...waktu muda itu, saya banyak main sukan. 3-4 jam satu hari, sekurang-kurangnya 5 hari satu minggu. Saya fikir, apalah orang itu tahu. Saya aktif. Perlukan gula itu. Saya lain.

Hinggalah pada umur 40an, kena pergi buat angio. Urat jantung tersumbat. Dianggarkan, masa saya umur 30an, saya sudah pun menghidapi penyakit kencing manis. Hanya saya tidak tahu (ataupun tidak mahu tahu). Dan disebabkan penyakit kencing manis itu, maka kesihatan saya semakin merosot sedikit demi sedikit. Bermulalah dengan kaki dan otot sentiasa kejang dan sakit. Sering demam. Dan walaupun dulunya, mungkin banyak bersukan, tetapi disebabkan kerja yang semakin berlambak, maka itu pun sangat kurang masuk umur pertengahan 30an. Apabila masuk umur pertengahan 40an, kadangkala rasa macam mayat hidup. Tiap-tiap hari saja rasa sakit badan, walaupun pada hari tidak buat apa-apa pun. Kita mungkin boleh tipu orang lain malah diri sendiri, tapi malangnya, badan kita akan berhitung juga akhirnya.

Kalau orang yang tegur berpengalaman dan banyak pengetahuan, maknanya dia bimbang dan risau tentang kita. Kalau kita nak ambil hati sebab teguran itu, hadaplah akibatnya satu hari nanti. Itu saja.

Sekarang ini, saya makan 7 pil setiap hari. Setiap kali saya lupa, ada 3% peluang saya akan mati. Masih ada juga hari yang saya lupa. Nasib baik saja saya tidak mati.

Tapi kan....kalau saya ada peluang kembali pada masa saya umur 20an, tentunya saya tukar cara hidup saya. Lebih bagus minum air kosong dari dulu, daripada makan 7 pil setiap hari sekarang.

Tapi itu sayalah. Kamu mungkin lain. Kamu mungkin kebal. Hampir sama bunyinya dengan bebal.

Image from: Air Manis
Photo by William Cheah


William Cheah adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.