Khairul Aming Kongsi Menu Minuman Manis Untuk Berbuka, Dr Rafidah Bersuara – “Saya Berbuka Air Kosong, Hilang Juga Haus”

EntertainmentFood
3 Mar 2025 • 12:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, pempengaruh serta usahawan popular, Khairul Aming ada berkongsikan satu video memaparkan menu minuman manis yang boleh dicuba netizen untuk diminum waktu berbuka puasa.

Doktor pakar tegur menu air manis KA

Biarpun ramai yang terpegun dan mahu mencuba resepi air tersebut, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi iaitu Dr Rafidah Abdullah berkata beliau hanya mengambil air kosong sebagai minuman ketika berbuka.

Malah, menegaskan air kosong turut boleh menghilangkan rasa haus serta mengurangkan risiko penyakit kronik.

image is not available

Bukan hanya KA ‘diperli’ secara halus, bahkan pencipta konten makanan bernama Che Sayang Kitchen yang menghasilkan video menu yang mempunyai kandungan gula yang tinggi turut ditegur olehnya.

Hati-hati. Kandungan gula tinggi. Risiko kencing manis dan obesiti.

image is not available

image is not available

Akan terus beri kesedaran untuk jalani gaya hidup sihat

Dalam pada itu, beliau turut berkata akan terus memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menjalani gaya hidup yang sihat dengan mengambil minuman serta makanan yang berkhasiat.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak gemar dengan tindakan Dr Rafidah yang dianggap ‘memusnahkan’ kegembiraan pempengaruh-pempengaruh itu untuk berkongsi konten kepada umum.

image is not available

image is not available

image is not available 12 months ago

"Influencer Buat Air Manis Tak Kecam, Agamawan Saran Kurma Letak Butter Ramai Pulak Bitter" - Individu Geram Netizen 'Pilih Kasih'