Air mata gugur kenang nasib kanak-kanak Palestin

8 Nov 2023 • 5:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

AIR mata vokalis Armada, Rizal Fahroni gugur mengenangkan ribuan nyawa rakyat Palestin yang terkorban, terutamanya kanak-kanak, dalam peperangan bersama Israel di bumi Gaza yang masih berlarutan sehingga hari ini.

Ditemui usai Konsert Armada Janji Bahagia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu, Sabtu lalu, Rizal berkata hatinya luluh apabila terkenang bahawa kanak-kanak menjadi korban terbanyak dalam pergolakan itu.

“Membaca berita yang beredar di media sosial sekarang mengenai situasi di Palestin itu kita tahu yang korban paling banyak adalah kanak-kanak.

“Ia membuatkan saya terfikir, ya Allah, anak-anak kami juga masih kecil terutamanya saya dan Andit (pemain dram Armada). Mai (pemain gitar) anaknya sekarang sudah SMP (sekolah menengah tinggi).