Air Mata Ibu Bapa Jadi Saksi, Tiga Anak Berjaya Tamat Hafazan 30 Juzuk Al-Quran

LocalFamily & Parenting
17 Jul 2026 • 11:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Air Mata Ibu Bapa Jadi Saksi, Tiga Anak Berjaya Tamat Hafazan 30 Juzuk Al-Quran

Air Mata Ibu Bapa Jadi Saksi, Tiga Anak Berjaya Tamat Hafazan 30 Juzuk Al-Quran

Tiada apa yang lebih bermakna bagi setiap ibu bapa selain melihat anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Malah, mereka sanggup mengorbankan segalanya agar anak-anak membesar menjadi manusia yang taat kepada perintah agama dan Allah SWT.

Baru-baru ini, perkongsian oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani mencuri tumpuan apabila tiga orang anak kepada pasangan suami isteri berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran.

Tiga anak perempuan itu menamatkan hafazan di Maahad Tahfiz An Nabawi Jerantut.

Lebih mengujakan, salah seorang daripada mereka turut dinobatkan sebagai Tokoh Huffaz.

Image from: Air Mata Ibu Bapa Jadi Saksi, Tiga Anak Berjaya Tamat Hafazan 30 Juzuk Al-Quran
Kredit: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

"Di celah ratusan tetamu yang hadir pada Majlis Konvokesyen Huffaz tahun lalu, ada satu keluarga yang mencuri perhatian kami. Bukan kerana populariti.

"Tetapi kerana di sana ada air mata yang mengalir tanpa mampu disembunyikan.

"Saat nama demi nama dipanggil ke pentas, tiga orang anak daripada keluarga Tuan Zamani melangkah dengan jubah graduasi masing-masing.

"Hari itu bukan sekadar hari konvokesyen. Hari itu adalah kemuncak kepada bertahun-tahun pengorbanan seorang ayah dan seorang ibu," kata Ustaz di Facebook miliknya.

Pengorbanan yang tak pernah diceritakan

Menurutnya, di sebalik kejayaan ini, sudah berapa banyak doa yang pernah dipanjatkan pada sepertiga malam dan pengorbanan yang tidak pernah diceritkan kepada sesiapa pun.

Kesusahan yang mereka hadapi juga disimpan sendiri, semata-mata untuk melihat anak-anak membesar sebagai insan yang memelihara kalam Allah.

Baca juga:

"Seorang ibu mungkin pernah menangis ketika menghantar anak ke asrama.

"Seorang ayah mungkin pernah pulang lewat mencari rezeki agar anak-anak terus dapat belajar.

"Namun pada hari itu, semua penat lelah mereka dibalas dengan satu nikmat yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit," katanya lagi.

Image from: Air Mata Ibu Bapa Jadi Saksi, Tiga Anak Berjaya Tamat Hafazan 30 Juzuk Al-Quran
Kredit: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Malah, melihat anak memeluk al-Quran, memakain jubah huffaz dan menjadi pewaris kalam Allah adalah hadiah terbesar buat ibu bapa.

"Doa saya kepada mereka, semoga terus istiqamah menjaga alQuran dan sampaikan pula kepada generasi seterusnya. Agar kita semua beroleh ganjaran tertinggi di akhirat nanti, insyaAllah," kata Ustaz lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved