
Instagram perkenalkan ciri keselamatan baharu melalui Meta AI yang memberi fokus khusus kepada kesihatan mental remaja. Langkah ini diwujudkan bagi membantu ibu bapa lebih peka terhadap tanda-tanda tekanan yang mungkin dialami oleh anak sekali gus memastikan sokongan dapat diberikan lebih awal sebelum keadaan menjadi serius.

Antara langkah utama yang diperkenalkan ialah amaran kepada ibu bapa. Menurut Meta, jika remaja berbual dengan Meta AI dan terdapat tanda mereka berfikir untuk mencederakan diri, ibu bapa yang menggunakan kawalan Instagram akan menerima notifikasi amaran. Notifikasi ini turut disertakan dengan pautan kepada sumber sokongan profesional bagi memastikan bantuan dapat diakses dengan segera.

Terdapat juga sokongan segera di mana Meta AI akan terus mengarahkan remaja kepada talian bantuan krisis serta menggalakkan mereka berbincang dengan ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai. Pada masa yang sama, Meta sedang membangunkan sistem untuk menghubungi pihak kecemasan sekiranya terdapat risiko yang dianggap serius.

Dalam masa yang sama, Instagram turut memperkenalkan tetapan kandungan yang lebih sistematik. Remaja akan secara automatik ditempatkan dalam “13+ Content Setting” yang direka untuk memberikan respons sesuai dengan umur serta menolak permintaan yang bersifat sensitif. Meta juga menambah pilihan “Limited Content” iaitu tetapan lebih ketat bagi memastikan AI tidak melayan perbualan yang tidak sesuai.

Meta juga bekerjasama dengan lebih daripada 75 pakar kesihatan mental remaja yang terlibat dalam memberikan maklum balas. Usaha ini bertujuan memastikan respons AI lebih sesuai, berempati dan selari dengan keperluan psikologi remaja. Pendekatan tersebut sekali gus meningkatkan tahap keselamatan serta memperkukuh pengalaman penggunaan bagi golongan muda.
Buat masa ini, amaran kepada ibu bapa telah dilaksanakan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada, dan akan diperluas ke seluruh dunia menjelang hujung tahu


![Hadiah Paling Bermakna! Anak Tukang Sapu Datang Dengan Uniform Kerja Buat Kejutan Sempena Hari Lahir Ibu [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/Anak-tukang-sapu-buat-kejutan-sempena-hari-lahir-ibu.jpg?t=1784277613)


